SATU ketika dahulu saya teringat serbuk nila yang digunakan untuk membasuh pakaian berwarna putih agar kelihatan bersih. Emak saya selalu menggunakannya semasa membasuh baju sekolah kami. Jika disebut nila sudah pasti kita membayangkan warnanya. Biru dan cantik. Namun dalam nila juga boleh memberikan makna yang rencam dan pelbagai. Hinggakan dalam peribahasa Melayu ada disebut 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Analogi ini membawa maksud yang kurang bagus dalam kehidupan kita kerana sedikit kesilapan. Namun nilai nila juga memberikan keutuhan yang tersendiri yakni menceriakan mata memandang pada busana, misalnya.
Ujaran nilai terhadap nila tidak berhenti di situ tetapi sebagai insan yang siuman, setiap sesuatu itu mempunyai maksud baik dan tidak baik. Ini imbangan kehidupan. Satu memberi kejujuran, yang lainnya pula mencemarkan keperibadian. Samalah apabila kita berkata tentang satu nilai baik, ia memungkinkan mewujudkan natijah yang saling bertentangan. Saat kita berpesan ke arah kebaikan, pesan itu bukan satu lesen yang mustajab dan mujarab. Kerana itulah, mengapa dunia tidak pernah harmoni daripada pertelingkahan. Manusia tidak pernah mahu menerima waima pesan atau sesuatu pandangan yang munasabah untuk kebaikan.
Orang yang lalai harus diingatkan. Orang yang lalai wajar diberikan nasihat dan pandangan. Jika tidak dia akan lali. Orang yang begitu takjub dengan budaya lalai akan menjadi lali dan tidak peduli orang lain. Tentang orang lain, kepeduliannya perlu bersebab. Apabila merasakan keutuhan diri, kejayaan, kemewahan telah menguasai, nilai peduli menjadi isu yang remeh. Memang bukan kerja mudah. Begitu rumit juga ketika menilakan pakaian, kerana ia memerlukan cara yang betul. Jika tidak pakaian akan berbintik-bintik kerana serbuk seharusnya ditapis terlebih awal. Namun soal pesan-memesan atau memberi ingat harus berlangsung waima ia begitu rumit dilakukan, waima tanpa mengira ia diterima atau sebaliknya. Inilah nilai tanggungjawab. Inilah nilai kepedulian seperti nila yang turut memberikan warna yang membahagiakan.
Dalam pesanan biasanya ada mesej penting yang ingin disampaikan. Tetapi nanti dahulu. Gunakan mata hati dan lihat apa lagi yang ada dibalik pesanan. Bila kita berpesan, kita mahukan kebaikan tehadap orang yang dipesan. Bila kita berpesan kita mahu memberi peringatan kepada orang yang dipesan. Dalam perbuatan berpesan, ada kelibat kasih sayang. Dalam berpesan, ada unsur memberi perhatian. Berpesan bukan sekadar melantun perkataan tetapi menyampaikan hikmah dengan penuh hemah.
Pesan menyebabkan seseorang individu menyambung perjuangan. Dengan berpesan, ilmu diturunkan. Dengan berpesan, hakikat hidup dijelaskan. Dengan berpesan, tautan hati antara insan terus berkekalan.
Sebagai seorang individu yang hebat, sifat kehebatan itu tidak seharusnya berpusat pada dirinya sahaja. Demi kepentingan suatu misi, dia perlu menghebatkan orang lain. Maka sifirnya orang hebat akan dikelilingi orang–orang yang hebat. Hanya dengan itu, misi dan syiar ilmu itu akan kekal hebat. Caranya? Mereka selalu berpesan–pesan.
Lembaran sirah menggambarkan peristiwa yang sama. Pesanan Rasullulah menghebatkan para sahabat. Hebatnya Rasulullah bukan seorang. Baginda dikelilingi pemuda–pemuda terhebat pada zamannya. Hebat Rasulullah mengalir dalam gagahnya Saidina Umar Al-khattab, petahnya Syaidina Jaafar, uggulnya Ilmu Syaidina Ali dan ribuan lagi para sahabat yang menjunjung syiar Islam. Saban hari Rasulullah berpesan, setiap hadis yang ditinggalkan Rasulullah juga merupakan pesanan yang kekal sepanjang zaman. Jika pesanan itu simbol kasih sayang, maka cuba bayangkan betapa sayangnya Rasulullah kepada ummatnya . Hidupnya penuh dengan pesanan.
Jikalau contoh–contoh di atas masih gagal lagi mewajahkan perkaitan pesanan dalam pembangunan masyarakat dan insan maka pejamkan mata; bayangkan sahaja wajah mulus ibu anda. Setiap ayun dan alunan peribadinya adalah lambang kasih sayang beliau kepada anda. Adakala sayangnya melibatkan elemen kesakitan melalui cubitan dan tamparan. Adakala sayangnya membelai–belai hati melali pujian dan hadiah. Setelah hati dibelai-belai, kadangkala dilambung-lambung dengan leteran dan sindiran. Tatkala anda mula melangkah keluar dari rumah untuk ke menara gading, si ibu akan menyimpulkan kesemua lambungan, cubitan dan leteran tadi dalam bentuk sepatah dua ayat yang cukup bermakna sebagai tanda kasih sayang seorang ibu.
Itulah kata–kata yang anda akan terlepas pandang pada mulanya, tetapi bila tiba detik waktunya, kata–kata itu akan datang tanpa dipaksa. Lalu anda akan berkata, “Oh iya, mak pernah pesan dulu ni!…”
Akhirnya dengan berpesan, anda akan jadi orang yang hebat. Dengan berpesan, anda akan menghayati erti kasih sayang. Dengan berpesan, anda akan menjadi penyambung legasi perjuangan. Sampaikan pesanan yang baik dan ambillah pesanan yang baik. Sebaik-baik pesanan adalah Al-quran dan sunnah.
Masih tidak mengerti? Nyanyikan lagu raihan bertajuk ‘Demi Masa’ berulang kali. "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]. Seterusnya bertanyalah juga mengapa warna nila biru tetapi memberi nilai baru kepada objek yang menutup aib badan manusia.
PUSTAKA IQBAL NAZIM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan