Assalamualaikum Wbkth, salam sejahtera dan salam wasatiyyah.
Bagi pihak Ikatan Penulis Sabah (IPS), saya dengan rasa rendah diri
ingin menyatakan pendirian bahawa IPS sebagai sebuah persatuan penulis
berwibawa yang menaungi sebahagian penulis negeri Sabah, TIDAK
MENGIKTIRAF wujudnya BULAN PENULIS SABAH yang dianjurkan oleh salah
sebuah NGO di negeri Sabah.
Kami
berpendapat, sebarang usaha mewujudkan perayaan atau aktiviti para
penulis harus dilakukan secara profesional dan bertanggungjawab.
Aktiviti ini tidak wajar dilaksanakan oleh sebuah NGO yang tidak
menerima sokongan daripada para penulis secara menyeluruh. Adalah tidak
wajar menggunakan nama 'BULAN PENULIS SABAH' untuk tujuan meraih nama
dan kepentingan tertentu. Bagi mewakili semua penulis dalam IPS mahupun
di luar IPS, kami merasakan tindakan NGO ini telah mewujudkan suasana
kekeliruan yang amat nyata.
Kami berpendapat, adalah wajar BULAN
PENULIS SABAH diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pusaka Cawangan Sabah
yang lebih berwibawa, berwibawa dan profesional.
Sekian, terima kasih.
'Ke Arah IPS Bitara'
SUKOR BIN HAJI USIN
@ Hasyuda Abadi
Ketua Satu
Ikatan Penulis Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan