Malam
ini sebuah cinta telah kuberikan kepadamu, rindu, saat telah tiba menatapnya
jangan berhenti merasai suatu jiwa telah mekar bukan sekuntum bunga bahkan
sekuntum rahsia yang maha wangi mengagungi sunyi
menjejaki
sebuah diri kutemui ketika kata-kata mencatatkan makna dibisikkan suara jiwa
senyap sesenyapnya umpama embun terjadi suatu saat yang maha sepi sesepinya
tiba-tiba sahaja memancar salju berkaca di permukaan bumi, flora dan fauna
menyambutnya dengan baldu redha
begitu
gumamnya rentak irama yang membangunkanmu rindu tanpa muzik tanpa lirik yang
membaca detik-detik makna digemilangkan, nikmatilah sentuhan adunan gesekan
biola redup melodi pengap senyap menjilbab rahsia yang mengalir melewati gurun-gurun
waktu
dengarkan
bisikan ini, rindu, agar mekar mawar menjiwa ke pelusuk benua mekar perjalanan
menemani saujana bermulanya pengembaraan mulia.
Pustaka Iqbal Nazim
Telipok
24 Januari 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan