PENGUMUMAN:

INGIN MENYERTAI IPS?
Sila hubungi Ketua Dua (0168351013), Puan Jaliha Jaman (0198116672) atau Setiausaha Satu (Mohd Nurazwan 0198695012)

***
24 Mac 2015
- ulangtahun IPS ke-25. Apakah sumbangan anda kepadanya sehingga ke usinya kini? Mari fikirkan untuk 25 tahun akan datang?


***
Ikatan Penulis Sabah telah diperakukan sebagai penerbit buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Para penulis di Sabah khasnya ahli-ahli IPS yang berhasrat menerbitkan buku boleh mengemukakan nombor ISBN buku berkaitan kepada urus setia IPS. Bagi ahli tiada sebarang bayaran dikenakan. Maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini boleh menghubung kami (016 8120664) - Ketua Satu

***
SALAM WASATIYYAH!

SALAM ULANGTAHUN KE-25 IPS

SALAM JUBLI PERAK!



11 Oktober 2009

Pemanasan global jadi cabaran sasterawan




Fenomena alam yang mengorbankan manusia dan memusnahkan bumi ini bukan sahaja menjadi cabaran pemimpin-pemimpin dunia malahan turut menjadi cabaran para sasterawan, kata Ahli Kehormat Ikatan Penulis Sabah (IPS), Janathan Kandok yang juga Pengerusi Institut Penilaian Sastera Sabah (INPES).

"Kita perlu mengurus perubahan iklim dunia sebab kemusnahan bumi pada zaman ini disebabkan pemanasan dunia," katanya.

Menurutnya, sebagai sasterawan kita dapat memainkan peranan ini kerana seperti yang dikatakan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad, puisi adalah untuk menyemarakkan kesadaran.

"Puisi adalah untuk memanusiakan kembali manusia itu, meninggikan budi pekerti, membentuk perwatakan dan juga membangkitkan semangat untuk bertindak," katanya ketika berucap pada Majlis Baca Puisi Tangisan Padang anjuran Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan DBP Sabah di Teluk Likas kelmarin.

"Cuaca sekarang ini cepat berubah. Sebentar panas, sebentar hujan.Siang panas terik, malamnya tiba-tiba turun hujan.

"Ini petanda bumi marah sama kita.Planet yang kita diami ini bergerak mengikut sistem yang semulajadi. Kalau sistem ini terganggu, bumi akan menampakkan gejala aneh yang akibatnya bakal menimpa makhluk yang tinggal du bumi ini," katanya sambil menambah, perubahan iklim ini adalah salah saru gejala yang dipanggil pemanasan global.

"Sesuai dengan namanya, pemanasan global berarti meningkatnya suhu atmosfera, laut dan daratan bumi. Biasanya suhu permukaan bumi adalah sekitar 15 darjah celcius (59 darjah Fahrenheit).

Menurut rekod, selama 100 tahun kebelakangan ini, angka itu sudah naik sebanyak 0.6 darjah celsius (1 darjah fahrenhiet).

"Jika suhu bumi ini semakin naik maka ais di kutub akan cair serentak memanaskan lautan. Akibatnya, kuantiti lautan dan permukaan laut naik pada tahap sekitar 9-100 cm.

"Kerana keadaan ini mengganggu sistem bumi semulajadi maka berlakulah pelbagai bencanaalam seperti gempa bumi, tsunami, taufamn dan banjir besar di pelbagai negara di bumi ini.

Menurutnya kedatangan penulis dan hadirin dalam majlis itu walaupun secara spontan tetapi digerakkan oleh kejadian gempa bumi di Padang Indonesia, Tsunami di Samoa Barat, taufan di Filipina dan Banjir Besar di Selatan India yang mengorbankan ribuan nyawa dan kemusnahan harta benda.

"Kita meluahkan perasaan tentang kejadian malang ini melalui pengucapan puisi," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada IPS dan DBP sabah kerana berjaya menganjurkan majlis itu.

Sementara itu, Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas berkata majlis itu membuktikan keprihatinan golongan sasterawan terhadap kedukaan, kesengsaraan mangsa bencana gempa bumi di Padang dan musibah lain yang menimpa Filipina, Samoa dan Selatan India.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada IPS kerana menjayakan majlis Baca Puisi Tangisan Padang yang mengisi slot Program Baca Puisi Teluk Likas yang diadakan setiap bulan.

Antara penyair yang mendeklamasikan sajak mereka pada majlis itu ialah Ketua Satu IPS, Sukor Haji Usin,Ismaily Bungsu, Nandra Hitong, Basyiroh Abdul Mukti, Mohd.Jasni Yakub, Ali Amat Anas, Muhammad Haji Salleh, Nooraisah Maidin, Abd.Nassir Said, Haji Alipah Jambuan, Aloy, Eyna Juning, Salmah Matius, Yusuf Nur dan dihoskan oleh Mohd.Puad Bebit.

Pada majlis itu juga IPS melancarkan Tabung Kutipan Dana untuk Mangsa Bencana Padang untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa bencana melalui agensi yang ditetapkan.

Tiada ulasan: