
Lawatan ini akan diketuai oleh Ketua Satu IPS, Sukor Haji Usin. Antara yang turut serta dalam lawatan ini ialah Ahli Kehormat IPS, Laliman Ahmad dan Ketua Dua IPS, Abd Naddin Haji Shaiddin.
Menurut Elni, projek ini sudah lama diilhamkan namun hanya pada tahun 2013 ia disuarakan semula dan dapat dilaksanakan. Selain bertujuan untuk memulakan satu jalinan atau ikatan muhibbah dengan ASTERAWANI Bruni, kunjungan ini juga akan membawa suatu pengalaman yang amat berharga kepada ahli-ahli IPS yang terlibat dalam suasana perayaan Hari Keputeraan Sultan bagi Negara Brunei Darussalam.
Pelbagai program dan aktiviti telah diatur sepanjang lawatan ini, antaranya dialog sastera, pengucapan puisi, syair dan pelancaran sebuah buku antologi sajak karya ahli-ahli IPS dan ASTERAWANI. Buku usaha sama antara IPS dan ASTERAWANI ini telah berjaya mengumpul sebanyak 63 buah puisi karya 15 penyair IPS dan 14 penyair ASTERAWANI. Antologi sajak yang bertajuk 'Menjilbab Cinta' ini telah diselenggarkan oleh Azridah PS Abadi dan Firdaus HN dan akan dilancarkan oleh Pengarah DBP Brunei pada 28 September 2013 di Balai Sarmayuda DBP Brunei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan