
Rencana
awal untuk menghasilkan antologi ini pada mulanya bersifat adhoc atau semata-mata lembaran karya sebagai kenangan sempena
kunjungan muhibbah ahli-ahli IPS ke Negara Brunei Darussalam khususnya
menziarahi sahabat-sahabat sasterawan dan penulis ASTERAWANI. Namun setelah
bersinergi melalui perbualan dan catatan-catatan di Facebook dalam kalangan
Ahli Jawatankusa kedua-dua persatuan ini dan situasinya telah menjadi semakin
memerikan semangat yang jitu untuk mendapatkan sebanyaknya karya. Saya hanya
menjangkakan tidak lebih 50 buah karya untuk terbitan ini, tetapi atas
komitmen, minat dan sambutan istimewa sahabat-sahabat penyair IPS dan
ASTERAWANI, pihak penyelenggara yang diusahakan oleh Azridah PS Abadi dan saudara
Firdaus HN, terkumpullah sebanyak 63 buah sajak. Menariknya penerbitan ini
antaranya ialah para penyairnya terdiri daripada kalangan penerima-penerima SEA
Write Award dan tokoh-tokoh penyair yang disegani daripada kedua-dua belah
pihak.
Bagi
pihak IPS, saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga khususnya kepada sahabat-sahabat penyair di ASTERAWANI menerusi Tuan
Haji Firdaus Haji Nordin yang memanjangkan puisi-puisi daripada para penyair
Brunei dan ASTERAWANI. Tidak dilupai keambilberatan sahabat-sahabat penyair IPS
yang begitu bersemangat untuk menghasilkan antologi puisi ‘Menjilbab Cinta’
ini. Penghargaan saya kepada Ain Sofiya dan Jaliha Jaman kerana mengutarakan
cadangan untuk kunjungan muhibbah sahabat-sahabat di ASTERAWANI. Begitu juga
keungkayahan Azridah PS Abadi, Ketua Penerangan IPS, yang bersedia menggalas
tugas menerima, mengumpul dan menyusun manuskrip awal antologi puisi ini. Terima
kasih juga kepada Tuan Haji Firdaus OKK Haji Nordin atas kapasitinya sebagai
jambatan penghubung antara ASTERAWANI dengan IPS.
Sesuai
dengan judulnya, para penyair sentiasa menjaga keharmonian, persahabatan, kasih
dan sayang melalui nilai cinta. Kita menjilbabkan cinta agar segala yang
berhemah itu terpelihara dan terjamin keikhlasan serta kedamaian di dalamnya.
InsyaAllah.
‘Berwasatiyyah Untuk Sastera Sejagat’
Ketua Satu,
Ikatan Penulis Sabah,
Ikatan Penulis Sabah,
Kota Kinabalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan