PENGUMUMAN:

INGIN MENYERTAI IPS?
Sila hubungi Ketua Dua (0168351013), Puan Jaliha Jaman (0198116672) atau Setiausaha Satu (Mohd Nurazwan 0198695012)

***
24 Mac 2015
- ulangtahun IPS ke-25. Apakah sumbangan anda kepadanya sehingga ke usinya kini? Mari fikirkan untuk 25 tahun akan datang?


***
Ikatan Penulis Sabah telah diperakukan sebagai penerbit buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Para penulis di Sabah khasnya ahli-ahli IPS yang berhasrat menerbitkan buku boleh mengemukakan nombor ISBN buku berkaitan kepada urus setia IPS. Bagi ahli tiada sebarang bayaran dikenakan. Maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini boleh menghubung kami (016 8120664) - Ketua Satu

***
SALAM WASATIYYAH!

SALAM ULANGTAHUN KE-25 IPS

SALAM JUBLI PERAK!



03 Oktober 2009

Tangisan Padang 10 Oktober 2009


Padang menangis. Itulah kiranya yang dilihat oleh penyair Hasyuda Abadi dalam puisinya Tangisan Padang.Gempa yang meluluhlantakkan kota itu tak siapa yang dapat menjangka. Gempa datang tanpa sebarang isyarat, dan tiba-tiba lebih 1,000 manusia jadi korban.

Rumah runtuh bangunan roboh, ribuan hilang tempat tinggal dan dalam waktu yang singkat, ibu kehilangan anak, anak kehilangan orang tua, suami kehilangan isteri, isteri kehilangan kekasihnya. Tetapi kita tidak kehilangan simpati dan belas kasihan.

Tragedi itu memang memilukan dan mengharukan. Kita yang jauh ini hanya dapat menyaksikan depan TV atau di skrin komputer.

Tangisan Padang memang menyedihkan. Mari kita membantu dan menolong mereka dengan mengumpul dana sambil membacakan puisi duka bertemakan
Tangisan Padang.

Untuk itu, Ikatan Penulis Sabah (IPS) kini sedang bekerjasama dengan beberapa pihak untuk mengadakan Program Baca Puisi Teluk Likas- Tangisan Padang
pada 10 Oktober 2009 bermula jam 9.00 pagi di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Penyair penulis, pelajar pendidik, mahasiswa, kakitangan kerajaan dan swasta, orang persendirian dan peminat sastera dijemput hadir menjayakan majlis itu sambil menderma untuk meringankan beban saudara kita di tanah Minang.

Sesiapa yang berminat untuk membaca puisi sila hubungi Abd.Naddin Hj Shaiddin melalui 016-8351013, Hasyuda Abadi 014-8758564/016-8120664, Jasni Yakub 010-9305214 atau emel abdnaddin@yahoo.com.


TANGISAN PADANG

bumi yang merekah itu telah membawamu
ke perdu keinsafan tentang yang maha besar

mendengar tangis jelaskan rahsia dahsyat
takut hiba para bonda, adik-adik tercinta
anak-anak, para bapak, kanda-kanda tersayang
saudara-saudaraku yang lain
yang telah hilang dan merasa kehilangan

musibah ini menyentuh kalbu
mendekam rasa sayu, sedih dan pilu
meski ada sempadan yang diperaturkan
kalian satu di bumi Tuhan
hulur seluhur simpati dan doa yang panjang

bumi bergetar itu hikmah keinsafan
dan tangisan yang membelah padang
menyatu patuh tiadakan goyah takwa
tiang yakin telah didirikan berzaman
semakin ampuh menerima ketentuan

di sana tangisan kudengar
dari padang kesengsaraan ujian Tuhan
terjemahan yang memancar piala keimanan.

~ Hasyuda Abadi ~


Tiada ulasan: