PENGUMUMAN:

INGIN MENYERTAI IPS?
Sila hubungi Ketua Dua (0168351013), Puan Jaliha Jaman (0198116672) atau Setiausaha Satu (Mohd Nurazwan 0198695012)

***
24 Mac 2015
- ulangtahun IPS ke-25. Apakah sumbangan anda kepadanya sehingga ke usinya kini? Mari fikirkan untuk 25 tahun akan datang?


***
Ikatan Penulis Sabah telah diperakukan sebagai penerbit buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Para penulis di Sabah khasnya ahli-ahli IPS yang berhasrat menerbitkan buku boleh mengemukakan nombor ISBN buku berkaitan kepada urus setia IPS. Bagi ahli tiada sebarang bayaran dikenakan. Maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini boleh menghubung kami (016 8120664) - Ketua Satu

***
SALAM WASATIYYAH!

SALAM ULANGTAHUN KE-25 IPS

SALAM JUBLI PERAK!



19 April 2015

KENYATAAN RASMI IPS BERHUBUNG BULAN PENULIS SABAH


Assalamualaikum Wbkth, salam sejahtera dan salam wasatiyyah.

Bagi pihak Ikatan Penulis Sabah (IPS), saya dengan rasa rendah diri ingin menyatakan pendirian bahawa IPS sebagai sebuah persatuan penulis berwibawa yang menaungi sebahagian penulis negeri Sabah, TIDAK MENGIKTIRAF wujudnya BULAN PENULIS SABAH yang dianjurkan oleh salah sebuah NGO di negeri Sabah.

Kami berpendapat, sebarang usaha mewujudkan perayaan atau aktiviti para penulis harus dilakukan secara profesional dan bertanggungjawab. Aktiviti ini tidak wajar dilaksanakan oleh sebuah NGO yang tidak menerima sokongan daripada para penulis secara menyeluruh. Adalah tidak wajar menggunakan nama 'BULAN PENULIS SABAH' untuk tujuan meraih nama dan kepentingan tertentu. Bagi mewakili semua penulis dalam IPS mahupun di luar IPS, kami merasakan tindakan NGO ini telah mewujudkan suasana kekeliruan yang amat nyata.

Kami berpendapat, adalah wajar BULAN PENULIS SABAH diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pusaka Cawangan Sabah yang lebih berwibawa, berwibawa dan profesional.
Sekian, terima kasih.

'WASATIYYAH KESEJAGATAN SASTERA'
'Ke Arah IPS Bitara'

Yang benar,

SUKOR BIN HAJI USIN
@ Hasyuda Abadi
Ketua Satu
Ikatan Penulis Sabah.

Tiada ulasan: