PENGUMUMAN:

INGIN MENYERTAI IPS?
Sila hubungi Ketua Dua (0168351013), Puan Jaliha Jaman (0198116672) atau Setiausaha Satu (Mohd Nurazwan 0198695012)

***
24 Mac 2015
- ulangtahun IPS ke-25. Apakah sumbangan anda kepadanya sehingga ke usinya kini? Mari fikirkan untuk 25 tahun akan datang?


***
Ikatan Penulis Sabah telah diperakukan sebagai penerbit buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Para penulis di Sabah khasnya ahli-ahli IPS yang berhasrat menerbitkan buku boleh mengemukakan nombor ISBN buku berkaitan kepada urus setia IPS. Bagi ahli tiada sebarang bayaran dikenakan. Maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini boleh menghubung kami (016 8120664) - Ketua Satu

***
SALAM WASATIYYAH!

SALAM ULANGTAHUN KE-25 IPS

SALAM JUBLI PERAK!



09 Jun 2013

PEMAKLUMAN PERADUAN MENGARANG PUISI


PERADUAN MENGARANG PUISI RAMADAN 1434 HIJRAH
Anjuran Ikatan Penulis Sabah
LATAR BELAKANG

Peraduan Mengarang Puisi Ramadan (dulu Sayembara menulis puisi Ramadan) merupakan aktiviti tahunan dianjurkan oleh IKATAN PENULIS SABAH (IPS) sejak tahun 1997. Aktiviti ini telah menarik minat ramai khususnya para penulis dan penyair seluruh negeri Sabah menyertai sayembara ini dan menghasilkan puisi-puisi bermutu yang bertemakan bulan Ramadan itu.

 
OBJEKTIF

• Menyemarak serta mengimarahkan bulan Ramadan.
• Memupuk dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kesusasteraan khususnya puisi.
• Mengembangkan dan meningkatkan bakat dan minat penulisan puisi berunsur Islam dalam kalangan penulis.
• Untuk mendapatkan puisi-puisi berunsur Islam yang bermutu dihasilkan oleh
para penulis beragama Islam.

KETERANGAN

• Peraduan ini terbuka kepada penulis Malaysia.
• Puisi penyertaan hendaklah karya asli, bukan terjemahan, saduran atau apa
sahaja pengertian yang menyebabkan puisi itu menjadi tidak asli.
• Puisi mestilah bertemakan ketuhanan dan kerohanian berunsur Islam.
Keutamaan hendaklah diberi terhadap peristiwa-peristiwa penting dan
pengajaran yang berlaku di bulan Ramadan.
• Panjang puisi tidak terhad.
• Puisi-puisi penyertaan mestilah ditaip langkau dua baris pada sebelah muka
surat sahaja dan dan tanpa meletakkan nama penulis di dalam teks puisi yang
dihantar.
• Hakcipta terhadap puisi dipegang oleh penulis tetapi pihak penganjur berhak
menerbitkan puisi-puisi yang menang.
• Setiap penulis dikehendaki mengemukakan 2 buah puisi bagi satu penyertaan.
Tiada yuran penyertaan dikenakan.
• Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan puisi
penyertaan yang dikirimkan melalui pos. Untuk memudahkan hantaran,
kiriman menerusi e-mel boleh dipertimbangkan dengan mengemukakan
bersama borang penyertaan yang boleh dipohon daripada pihak penganjur.
• Sayembara ini akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh penganjur.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
• Hadiah wang tunai RM250.00 setiap satu disediakan untuk 10 buah puisi
terbagus.
• Semua penyertaan hendaklah sampai sebelum atau pada 6 September 2013.
• Pengumuman pemenang peraduan akan diumumkan pada hari Isnin, 30
September 2013.
• Borang-borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi urus setia
melalui alamat berikut:

Urus Setia,
Sayembara Puisi Ramadan 1434 Hijrah,
Ikatan Penulis Sabah,
Peti Surat 10931,
88400 Kota Kinabalu.

Atau e-melkan kepada: ipenulissabah@yahoo.com
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ketua Penerangan (Azridah PS Abadi)
Setiausaha ( Mohd Nurazwan Agustine)

No.Faks:
088-488566

Emel: ipenulissabah@yahoo.com
Laman Web: http://ikatan-penulis-sabah2u.blogspot.com/


Nota: Ahli Jawatankuasa Tertinggi IPS dan Ahli Jawatankuasa Penganjur
dikecualikan menyertai peraduan ini. Harap maklum.


Tiada ulasan: